Thursday, August 26, 2010

Solat Tarawih

Aku tidak ingat bila masa aku mula solat tarawih. Mungkin semasa di sekolah asrama. Seingat aku berek polis yang keluarga aku tinggal tidak menyediakan surau. Bukan seperti sekarang, berek polis adik aku tinggal selalunya ada disediakan surau. Zaman kanak-kanak dan remajaku tidak banyak yang dapat ku kenangkan dalam menghadapi solat tarawih. Beruntunglah sesiapa yang tinggal dikampung-kampung atau berhampiran masjid. Mereka dapat menikmati solat tarawih semasa kanak-kanak atau remaja. Tentu ada keseronokannya.

Wednesday, August 25, 2010

Lampu Gasolin

Lampu gasolin mungkin tidak dikenali oleh anak-anak zaman sekarang. Aku tidak melihatnya dimana-mana. Adakah masih dijual dikedai. Zaman yang tidak ada elektrik, lampu gasolin umpama lampu elektrik pada masa itu. Terangnya hampir menyamai lampu elektrik. Dalam keadaan orang lain hanya mampu memasang pelita, memiliki lampu gasolin terasa sekali mewahnya. Masih aku teringat setiap petang ayahku akan memasang lampu ini. Leka sekali aku melihat ayahku. Kalau orang lain belajar menggunakan pelita tetapi aku dan beradikku belajar dibawah lampu gasolin. Apabila ayahku berpindah ke Kuala Kangsar dan kami tinggal di Berek Polis Talang, lampu gasolin itu tidak lagi digunakan. Pada masa itu berek polis telah disalurkan elektrik.